Friday, November 2, 2012

Utarid



Utarid adalah sebuah planet yang kecil. Lebarnya hanya 4875km (3030 batu) itu cumalah 3/8 daripada lebar Bumi. Planet ini paling dekat dengan Matahari hanya 57.9juta km (36juta batu) jarak puratanya dari Matahari. Ketika mengorbit, ada masanya planet ini menghampiri matahari hingga sedekat 46.6juat km (29juta batu) darinya. Sudah pasti sebarang planet yang menghampiri dengan Matahari mempunyai permukaan yang sangat panas sehingga mencapai 348°C (600°F) - cukup panas sehingga dapat meleburkan plumbum. Oleh sebab Utarid sangat hampir dengan Matahari, planet ini mengalami tarikan graviti yang amat kuat daripada Matahari. Bumi mengedari matahari dengan kelajuan 29.9km (17.6batu) sesaat tetapi Utarid yang digelar sebagai planet pantas itu bergerak selaju 47.9 km (29.8 batu) sesaat.
Planet ini bergerak pantas kerana ia terlalu dekat dengan Matahari, ia hanya mengambil masa selama 88 hari untuk membuat satu pusingan. Sebaliknya pula, oleh sebab Utarid berputar pada paksinya dengan amat perlahan maka tempoh waktu dari matahari terbit hingga keesokan harinya - satu hari Utarid - adalah selama 176 hari Bumi. jadi satu hari Utarid sama dengan 2 tahunnya.
Medan magnet hanya wujud juka pusat planet mengandungi tenaga elektrik, dan planet tersebut pula mestilah berputar laju supaya cecairnya berolak. Bulan dan Marikh tidak berteras cecair jadi kedua-dua jasad ini tidak bermedan magnet. Utarid pula berputar perlahan, jadi tidak seharusnya mempunyai medan magnet, tetapi anehnya planet ini ada pula medan, magnet yang agak lemah.
Planet ini merupakan planet kelapan besar dalam sistem suria kita (bumi ialah yang kelima besar). hanya Pluto yang lebih kecil daripadanya. Oleh sebab Utarid tiada atmosfera, planet ini tidak mempunyai 'cuaca' seperti yang ada di Bumi - yang ada hanyalah waktu siang yang amat panas dan waktu malam yang amatlah dingin sekali iaitu hingga serendah -168°C (-270°F).Seperti Zuhrah (Venus), Utarid juga tiada bulan.
Utarid : Perbandingan dengan Bumi
Planet
Diameter
Tempoh Putaran
Tempoh Mengorbit di Sekeliling Matahari
Bulan
Graviti Permukaan
Jarak dari Matahari (terdekat - terjauh)
Utarid
4875km (3030batu)
58.6 hari*
88.0 hari
0
0.38**
45.9 - 69.7juta km (28.5 - 43.3juta batu)
Bumi
12 753km (7926batu)
23jam, 56 minit
365.25 (satu tahun)
1
1.00**
147 - 152juta km (92 - 95juta batu)
*Utarid mengambil masa selama 58.6 hari untuk membuat satu putaran pada paksinya. Planet ini berputar tiga kali pada paksinya bagi stiap dua kali orbitnya mengelilingi matahari. Oleh sesbab putarannya begitu perlahan, Matahari berada di langit Utarid lebih lama berbangding di langit Bumi. Oleh itu di permukaan Utarid, saru hari 'suria', iaitu waktu dari matahari terbit hingga keesokan harinya, mengambil masa kira-kira 176 hari di bumi.
**Darabkan berat badan anda dengan angka ini jika ada ingin tahu berat berat badan anda di planet tersebut.

No comments:

Post a Comment