Thursday, November 29, 2012

Pluto

Pluto

Plenet Pluto adalah planet yang paling hujung atau jauh. Ini menyebabkan pengetahuan atau fakta berkenaan Pluto tidak banyak. Planet Pluto bukan dari jenis terrestrial atau pun jovian. Ianya ditemui dalam tahun 1970an oleh Tombaugh. Planet ini berais. Garis pusatnya jika dilihat dari bumi ialah 0.1 arkasaat (1 darjah = 60 arkaminit). Manakala saiznya ialah hanya 65% saiz bulan dibumi.
Planet Pluto mengorbit matahari dalam bentuk hampir bulatan. Untuk pengetahuan semua, jarak planet Pluto ke matahari adalah 46.3AU. Tetapi yang menariknya, Pluto boleh datang menghampiri matahari lebih dekat berbanding planet Neptun. Planet ini cukup sejuk. Permukaan nya mengandungi nitrogen pejal ais dan terdapat kesan-kesan ais metana. Dibawah adalah ciri-ciri utama planet pluto.

  • Ketumpatan Pluto adalah 2g/cm padu.
  • Diameter Pluto adalah 2300km.
  • Jisim Pluto adalah 0.002 kali jisim bumi.
  • Pluto mempunyai atmosfera yang tebal yang mengandungi gas metana, nitrogen dan karbon monoksida.
Bulan Pluto

Planet ini hanya mempunyai 1 bulan. Bulan nyan bernama Charon. Ia ditemui pada tahun 1978. Putaran bulan mengelilingi pluto adalah 6.387 hari satu putaran. Jarak nya dari planet pluto adalah 19440km dan ketumpatannya ialah 1.8 g/cm padu. 

Neptun

NEPTUN


Planet Neptun adalah planet yang ke 8 dalam sistem suria kita. Ianya bewarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana. Metana ini lah yang menyebabkan Neptun bewarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah. Selain dari itu, planet ini juga lebih sejuk dari planet Uranus. Suhu-suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan.

Putaran Neptun juga pantas. Ini kerana planet ini kecil. Di planet neptun, terdapat gelang-gelang melingkarinya. Terdapat 2 gelang sempit. Dan terdapat juga bulan-bulan kecil yang dipanggil bulan pengembara. Bulan utama planet neptun adalah bulan Nereid dan bulan Triton. Ia mengelilingi neptun selama 5.877 hari dibumi untuk satu putaran. 

Uranus

URANUS

Uranus adalah sebuah planet dari jenis Jovian dan ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. William Herscher ialah orang yang pertama menemui Uranus. Pada mulanya beliau menemui buruj Gemini. Tetapi astronomi sekarang mengatakan yang buruj itu ialah Uranus. Planet ini berbeza dengan Musytari dan Zuhal dari segi gelangnya, bulannya dan lain-lain. Planet ini merupakan planet yang paling gemar untuk dikaji. Saiz nya pula 1/3 dari saiz planet Musytari (dari segi diameter). Jisimnya 1/20 jisim planet Musytari. Manakala jaraknya ke matahari adalah 4 kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari. Kesejukan planet ini adalah 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari. Untuk pengetahuan semua, tekanan uranus adalah rendah dan tiada logam cecair hidrogen dan helium di dalam nya.

Fakta yang paling menarik mengenai planet ini adalah putaran nya. Planet ini berputar secara golekan dan ia berputar dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putaran nya adalah secara golekan, setiap 4 musim mengambil masa 20 tahun iaitu satu musim bersamaan dengan 5 tahun. Ahli astronomi berpendapat planet ini bergolek kerana mungkin ia dilanggar suatu masa dahulu. Di planet ini, terdapat juga gelang seperti planet Zuhal tetapi ianya tidak dapat dilihat. Gelang nya hanya dapat dilihat bila berlaku okultasi (occultation). Okultasi ialah contoh nya bila matahari bergerak menghampiri bulan dan menutupinya.

Bulan Uranus

Terdapat 5 bulan utama di planet Uranus. Bulan-bulan ini dapat dilihat dari bumi. Tetapi Voyager 2 menemui 10 lagi bulan menjadikan semuanya 15 buah bulan. Bulan-bulan ini berketumpatan rendah dan berais. Nama 5 bulan utama dan sifat nya adalah seperti dibawah.

1) Oberon - Bulan yang paling luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

2) Titania - Bulan yang kedua luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

3) Umbrial - Bersaiz 1/3 bulan bumi dan permukaan nya berkawah.

4) Ariel - Mempunyai permukaan yang berkawah.

5) Miranda - Bersaiz 14% bulan bumi, berbentuk bujur. 

Zuhal

ZUHAL


Planet Zuhal merupakan planet yang paling cantik sekali. Jika dilihat dari bumi, ia kelihatan kabur sebab terdapat jalur pada nya. Angin yang bertiup diplanet ini 3 kali ganda lebih kuat dari angin yang bertiup di Musytari. Di Zuhal, terdapat peredaran jalur. Terdapat 2 jenis jalur, zon terang dan zon gelap. Zon terang mempunyai suhu yang lebih tinggi. Musytari nampak kabur kerana atmosferanya berisi dengan gas metana. Ketumpatan Zuhal kurang dari bumi. Dan ini mencadangkan yang Zuhal sama dengan Musytari.

Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan helium. Gas-gas ini tak dapat membebaskan diri dari planet kerana planet Zuhal sejuk dan gravitinya amat kuat. Suhu yang sejuk membuatkan atom-atom hidrogen dan helium tidak dapat bergerak kerana kurang tenaga. Itulah sebabnya planet-planet Jovian dipanggil planet primitif kerana masih mengekal kan gas hidrogen dan helium. Teras Zuhal agak kecil dan mengandungi unsur-unsur berat seperti Ferum dan Magneseium.
Gelang Zuhal

Zuhal mempunyai beribu juta gelang dari yang bersaiz debu sehingga ke saiz rumah. Semuanya berada dipusat khatulistiwa. Gelang-gelang nya terbahagi kepada banyak lapisan dan dan dibahagikan dengan pembahagi 'Cassini'. Gelang-gelang nya dibuat dari lapisan 'Ringlets'. Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama. Terdapat 20 bulan didalam gelang nya. Bulan-bulan nya diperbuat dari ais dan batu. Bulan yang terbesar di planet Zuhal dipanggil Titan. Ianya lebih besar dari planet Utarid dan sangat sejuk. Suhunya mencapai -179 darjah selsius.Sejarah Zuhal

Melalui pengkajian, Zuhal terbentuk dari kawasan luar nebula suria. ia diperbuat dari ais. Ia juga mempunyai graviti yang kuat kerana jisimnya besar. Terasnya mengandungi batu-batu, mantelnya mempunyai cecair logam hidrogen dan keraknya mempunyai cecair hidrogen. Separuh dari bulan-bulan di Zuhal terbentuk bersama-sama pembentukkan Zuhal dan setengah lagi dari asteroid. Permukaan bulan nya berkawah(purba). Dikatakan, bulan Titan mungkin berasal dari satu planetesimal besar yang terpe rangkap dalam orbit Zuhal. 

Musytari

MUSYTARI



Planet Musytari adalah planet yang terbesar dan mempunyai paling banyak jisim. Planet ini mungandungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. Secara kasarnya. bumi adalah 4 kali lebih tumpat dari Musytari. Ini berdasarkan komposis Musytari yang mengandungi hidrogan dan Helium. Pada permukaan dalamnya pula terdapat kandungan hidrogen cecair dan di dalam terasnya terdapat kandungan unsur-unsur berat seperti batu, besi,nikel dan silikon. Suhu pada permukaannya adalah sangat tinggi iaitu 4 kali ganda lebih dari suhu di permukaan matahari. Selain itu tekanannya juga tinggi. Ia dapat memancarkan 2 kali tenaga yang diserap dari matahari dan haba yang masih tinggal dan terpendam semasa pembentukannya. Di Musytari, tidak terdapat lautan. Ini disebabkan tapak atmosferanya terlampau panas dan tekanan nya tinggi. Oleh sebab itu tidak nampak perbezaan diantara gas dan cecair.

Musytari mempunyai gelang tetapi ianya tidak dapat dilihat dari bumi. Gambar gelang pertama diambil oleh Voyager 1 pada tahun 1979. Ketebalan gelang itu ialah kurang daripada 30km tebalnya. Ia berkembang sejauh 1.81 kali jejari musytari. Gelang yang terdapat di Musytari 100 kali ganda legap dari gelang yang terdapat di Zuhal. Ia agak rapuh dan ia terdiri dari bahan 'silicate dan bukan dari ais seperti di Zuhal.
Bulan Musytari

Terdapat banyak bulan di planet Musytari. Semuanya 16 buah. Kebanyakan bulan-bulan di musytari adalah kecil. Sesetengah darinya mempunyai orbit 'retrograde'. Ini membuatkan ahli astronomi mencadangkan yang bulan-bulan kecil ini berasal dari asteroid. Dari 16 buah bulan , terdapat 4 bulan utama terbesar. Bulan-bulan terbesar ini dipanggil 'Galilean'(berdasarkan orang yang menemuinya - Galileo). keempat-empat bulan ini ada hubungan diantara satu sama lain. Berkemungkinan besar bulan-bulan ini terbentuk bersama Musytari. ciri keempat-empat bulan ini di terangkan dibawah.
  • Callisto - bulan terluar, mempunyai ketumpatan yang rendah, 1/2 dari saiz bumi, permukaannya nampak purba dan gelap dan berais, dan ianya berkawah.
  • Ganymede - berketumpatan rendah, punyai ais, berkawah dan mempunyai garisan-garisan selari.
  • Europa - lebih aktif dari Ganymede, berketumpatan tinggi dari Ganymede, mengandungi batu dengan mantel dan kerak nya berisi air dan tiada kawah.
  • Io - Paling hampir dengan planet, paling aktif, punyai teras logam yang besar, permukaan berbatu dan keraknya berais.



Marikh


MARIKH

Planet yang bersaiz sederhana ini mempunyai diameter 2 kali lebih besar dari bulan, tetapi 53% diameter Bumi. Saiznya yang kecil menyebabkan ia dapat menyejuk dengan cepat. Kebanyakan atmosferanya bocor dan ianya hanya 1% tumpat dari Bumi. Waktu di Marikh hampir sama dengan Bumi iaitu 1 harinya bersamaan dengan 24 jam 40 minit di bumi, manakala 1 tahunnya pula adalah hampir 2 tahun di Bumi (1.88 tahun). Kecondongannya pula adalah 24 darjah iaitu hampir sama dengan kecondongan Bumi yang 23.5 darjah . Planet Marikh mengalami 4 musim. Dibahagian kutubnya terdapat topi salji (white cap).Semasa musim sejuk , white cap akan mengembang dan pada musim panas ia akan mengecut.Atmosfera MarikhTekanan atmosfera planet Marikh adalah rendah. Ini menyebabkan air boleh mendidih di permukaan planet ini. Jika manusia berada di planet Marikh, darah manusia boleh mendidih akibat dari haba badan. Udara di planet ini nipis tetapi terlampau tumpat. Angin di Marikh akan mengutip debu di permukaan bila berlaku rebut dan membawanya ke atmosfera. Oleh sebab itu kita boleh melihat marikh berwarna merah (debu merah). Para saintis percaya wujud oksida besi (FeO) di planet itu. Ini di buktikan oleh permukan tanahnya yang berwarna merah. Ini juga membuktikan oksigen di planet ini terantai. Gas-gas dalam planet ini hampi semuanya ‘out-gassed’ (keluar dari dalam planet ini). Ini terjadi semasa planet ini muda. Saiznya yang kecil menyebabkan planet Marikh cepat menyejuk dan melepas gas-gas yang keluar dari dalam planet ini. Halaju untuk planet ini melepaskan diri dari tarikan graviti (escape velocity) ialah 5 km/s berbanding 11.2 km/s di bumi dan 2.38 km/s di bulan. Oleh itu atom gas di marikh sukar untuk melepaskan diri dari di marikh berbanding di bulan. Kelajuan atom gas juga berkait dengan suhu. Jika gas panas (suhu tinggi) halaju gas lebih tinggi. Oleh itu diketahui planet yang berhampiran dengan matahari lebih panas, maka halaju lepasan gasnya tinggi dan gagal mengekalkan atmosfera. Selain itu, halaju gas juga bergantung kepada jisim molekulnya. Di planet Marikh tiada lapisan ozon . Ini kerana tiada kandungan oksigen di dalam atmosferanya. Ketiadaan lapisan ozon ini juga menyebabkan foton-foton (tenaga cahaya) dan sinar ultraviolet dari matahari boleh menembusi dalam atmosfera dan memutuskan ikatan-ikatan molekul seperti air . Oksigen akan membentuk oksida dalam tanah dan menyebabkan Marikh berwarna merah. Kandungan Argon dalam Marikh, adalah bukti suatu masa dahulu bahawa, atmosfera Marikh adalah tebal. Ini disebabkan atom-atom argon berjisim besar dan tidak mudah hilang. Tambahan pula, argon tidak aktif iaitu ia membentuk sebatian (compound) dengan unsure air dalam tanah planet Marikh, lebih kurang 1.6%. Kehadiran argon juga membuktikan pada suatu masa dahulu atmosfera Marikh adalah 10 hingga 100 kali lebih tumpat dari sekarang.Air Di MarikhPada hari ini, hasil tinjauan mendapati tiada kesan wujudnya air di Marikh. Tetapi, terdapat dua hakisan pada permukaan planet ini. Ini mencadangkan pada suatu masa dahulu terdapat terusan air dan juga kehidupan di planet Marikh. Salah satu jenis hakisannya membayangkan hasil dari banjir-banjir besar dan kedudukan tempat-tempat hakisan itu di permukaan khatulistiwa. Separuh dari terusan-terusan mengalir keluar. Air yang dikatakan membanjiri kawasan Khatulistiwa mempunyai 10 000 kali lebih banyak dari aliran sungai Missisipi. Dicadangkan juga, kemungkinan air telah dibekukan dalam tanah dan dicairkan menjadi air oleh gunung berapi. Anggaran ini menyatakan bahawa banjir telah berlaku 3000 juta tahun dahulu berdasarkan kebesaran terusan (Canal) di Hemisfera Utara. Hakisan jenis kedua pula ialah terusan-terusan yang mengalir keluar (kelihatan seperti sungai yang kering). Terusan-terusan ini berada di kawasan kawah-kawah yang tua di Hemisfera Selatan. Oleh sebab itu, umurnya hampir 4000 juta tahun. Ini mencadangkan apabila atmosferanya tebal, air telah jatuh sebagai hujan atau salji dan mengalir di atas permukaan sebelah Canal. Disyaki air telah membeku di dalam tanah dan membentuk Permafrost. Batu-batu dari planet marikh yang jatuh kebumi (sepihan hasil hentaman meteor ke atas marikh yang terpelantun ke bumi) di namakan ‘Basalt’. Didapati dalam batu Basalt ini mengandungi unsur air (1.4%). Namun tidak dapat di kenalpasti berapa peratus air pada Basalt yang telah mengewap ke udara atau meresap ke dalam tanah.Bulan Di MarikhTerdapat dua sahaja bulan di Marikh, iaitu Phobos (28kmx20km), dan Deimos (12km). Kedua-dua bulan ini terikat dengan planet Marikh ekoran daripada daya pasang surut (tidal forces). Kedua-dua bulan ini sebenarnya ialah asteroid yang melalui Marikh dan tertangkap oleh daya gravity Marikh (pasang surut). Bulan-bulan ini mempunyai permukaan berkawah dan berwarna gelap (albedo) yang mempunyai kekuatan pantulan sebanyak 0.06. Densitinya ialah 2gram/cm padu. Kesemua ciri di atas adalah menyerupai ciri-ciri asteroid. Semua ciri-ciri ini adalah bersaman dengan asteroid. Mereka tidak dapat menarik antara satu sama lain untuk membentuk bulat kerana daya gravitinya di sebabkan densitinya yang rendah. Pada Phobos, terdapat calahan-celahan genting yang selari selebar 150m dan sedalam 25m. Celahan-celahan itu bersebelahan kawah-kawah besar (stickney). Terdapat teori yang mencadangkan celahan-celahan itu adalah rekahan-rekahan dalaman. Kawasan tanpa corak pada bulan phobos adalah hasil daripada hasil ‘gelombang-gelombang seismik’. Deimos pula tidak mempunyai celahan-celahan dan licin. Sebenarnya ia mempunyai celahan, tetapi debu yang tebal telah mengisi permukaannya. Debu yang terdapat padanya adalah disebabkan oleh graviti yang dan ianya jauh dari marikh. Terdapat 3 prinsip yang menyatakan bahawa pertama, setengah bulan-bulan didunia adalah berasal dari asteroid. Kedua, satelit atau bulan yang kecil berbentuk tidak seragam dan penuh dengan kawah. Ketiga, terdapat daya-daya pasang-surut. 

Bumi

Bumi



Bumi adalah planet ketiga dari delapan planet dalam Tata Surya. Diperkirakan usianya mencapai 4,6 miliar tahun. Jarak antara Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer atau 1 AU (Inggris: Astronomical Unit). Kala rotasi bumi adalah 23 jam 56 menit 4 detik. Sedangkan kala revolusinya adalah 365,25 hari. Bumi mempunyai lapisan udara (atmosfer) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer) yang melindung permukaan Bumi dari angin surya, sinar ultraviolet dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini menyelimuti Bumi hingga ketinggian sekitar 700 kilometer. Lapisan udara ini dibagi menjadi Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.
Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, berada di lapisan stratosfer dan mesosfer dan melindungi Bumi dari sinar ultraungu. Perbedaan suhu permukaan Bumi adalah antara -70 °C hingga 55 °C bergantung pada iklim setempat. Seharidibagi menjadi 24 jam dan setahun di Bumi sama dengan 365,2425 hari. Bumi mempunyai massa seberat 59.760 miliar ton, dengan luas permukaan 510 juta kilometer persegi. Berat jenis Bumi (sekitar 5.500 kilogram per meter kubik) digunakan sebagai unit perbandingan berat jenis planet yang lain, dengan berat jenis Bumi dipatok sebagai 1.
Bumi memiliki diameter sepanjang 12.756 kilometer. Gravitasi Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran gravitasi planet lain, dengan gravitasi Bumi dipatok sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit alami yaitu Bulan. 70,8% permukaan Bumi diliputi air. Udara Bumi terdiri dari 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1% uap air, karbondioksida dan gas lain.
Bumi diperkirakan tersusun atas inti dalam Bumi yang terdiri dari besi nikel beku setebal 1.370 kilometer dengan suhu 4.500 °C, diselimuti pula oleh inti luar yang bersifat cair setebal 2.100 kilometer, lalu diselimuti pula oleh mantelsilika setebal 2.800 kilometer membentuk 83% isi Bumi dan akhirnya sekali diselimuti oleh kerak Bumi setebal kurang lebih 85 kilometer.
Kerak Bumi lebih tipis di dasar laut yaitu sekitar 5 kilometer. Kerak Bumi terbagi kepada beberapa bagian dan bergerak melalui pergerakan tektonik lempeng (teori Continental Drift) yang menghasilkan gempa Bumi.
Titik tertinggi di permukaan Bumi adalah gunung Everest setinggi 8.848 meter dan titik terdalam adalah palung Mariana di samudra Pasifik dengan kedalaman 10.924 meter. Danau terdalam adalah Danau Baikal dengan kedalaman 1.637 meter, sedangkan danau terbesar adalah Laut Kaspia dengan luas 394.299 km2.


Friday, November 2, 2012

Zuhrah

Zuhrah atau 'Kejora' (atau 'Venus') ialah planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, dewa cinta Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakanplanet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

Utarid



Utarid adalah sebuah planet yang kecil. Lebarnya hanya 4875km (3030 batu) itu cumalah 3/8 daripada lebar Bumi. Planet ini paling dekat dengan Matahari hanya 57.9juta km (36juta batu) jarak puratanya dari Matahari. Ketika mengorbit, ada masanya planet ini menghampiri matahari hingga sedekat 46.6juat km (29juta batu) darinya. Sudah pasti sebarang planet yang menghampiri dengan Matahari mempunyai permukaan yang sangat panas sehingga mencapai 348°C (600°F) - cukup panas sehingga dapat meleburkan plumbum. Oleh sebab Utarid sangat hampir dengan Matahari, planet ini mengalami tarikan graviti yang amat kuat daripada Matahari. Bumi mengedari matahari dengan kelajuan 29.9km (17.6batu) sesaat tetapi Utarid yang digelar sebagai planet pantas itu bergerak selaju 47.9 km (29.8 batu) sesaat.
Planet ini bergerak pantas kerana ia terlalu dekat dengan Matahari, ia hanya mengambil masa selama 88 hari untuk membuat satu pusingan. Sebaliknya pula, oleh sebab Utarid berputar pada paksinya dengan amat perlahan maka tempoh waktu dari matahari terbit hingga keesokan harinya - satu hari Utarid - adalah selama 176 hari Bumi. jadi satu hari Utarid sama dengan 2 tahunnya.
Medan magnet hanya wujud juka pusat planet mengandungi tenaga elektrik, dan planet tersebut pula mestilah berputar laju supaya cecairnya berolak. Bulan dan Marikh tidak berteras cecair jadi kedua-dua jasad ini tidak bermedan magnet. Utarid pula berputar perlahan, jadi tidak seharusnya mempunyai medan magnet, tetapi anehnya planet ini ada pula medan, magnet yang agak lemah.
Planet ini merupakan planet kelapan besar dalam sistem suria kita (bumi ialah yang kelima besar). hanya Pluto yang lebih kecil daripadanya. Oleh sebab Utarid tiada atmosfera, planet ini tidak mempunyai 'cuaca' seperti yang ada di Bumi - yang ada hanyalah waktu siang yang amat panas dan waktu malam yang amatlah dingin sekali iaitu hingga serendah -168°C (-270°F).Seperti Zuhrah (Venus), Utarid juga tiada bulan.
Utarid : Perbandingan dengan Bumi
Planet
Diameter
Tempoh Putaran
Tempoh Mengorbit di Sekeliling Matahari
Bulan
Graviti Permukaan
Jarak dari Matahari (terdekat - terjauh)
Utarid
4875km (3030batu)
58.6 hari*
88.0 hari
0
0.38**
45.9 - 69.7juta km (28.5 - 43.3juta batu)
Bumi
12 753km (7926batu)
23jam, 56 minit
365.25 (satu tahun)
1
1.00**
147 - 152juta km (92 - 95juta batu)
*Utarid mengambil masa selama 58.6 hari untuk membuat satu putaran pada paksinya. Planet ini berputar tiga kali pada paksinya bagi stiap dua kali orbitnya mengelilingi matahari. Oleh sesbab putarannya begitu perlahan, Matahari berada di langit Utarid lebih lama berbangding di langit Bumi. Oleh itu di permukaan Utarid, saru hari 'suria', iaitu waktu dari matahari terbit hingga keesokan harinya, mengambil masa kira-kira 176 hari di bumi.
**Darabkan berat badan anda dengan angka ini jika ada ingin tahu berat berat badan anda di planet tersebut.

Jarak Antara Planet

Jarak Antara Planet dengan Matahari

PLANETJarak dari MatahariTempoh Mengelilingi MatahariTempoh satu Pusingan PaksiBilangan Bulan
UTARID ( MERCURY)

0.39 AU,
57.9 Juta km

87.96 hari waktu Bumi

58.7 hari waktu Bumi

0
ZUHRAH (VENUS)

0.723 AU,
108.2 Juta km

224.68 hari waktu Bumi

243 hari waktu Bumi

0
BUMI (EARTH)

1 AU,
149.6 Juta km

365.26 hari

24 Jam

1
MARIKH (MARS)

1.524 AU,

227.9 Juta km

686.98 hari waktu Bumi

24.6 Jam wktu Bumi
=1.026 hari waktu Bumi

2
MUSYTARI (JUPITER)

5.203 AU,

778.3 Juta km

11.862 tahun waktu Bumi

9.84 Jam waktu Bumi

18
ZUHAL (SATURN)

9.539 AU,

1,427.0 Juta km

29.456 tahun waktu Bumi


10.2 Jam waktu Bumi

18+
URANUS (URANUS)

19.18 AU,

2,871.0 Juta km

84.07 tahun waktu Bumi

17.9 Jam waktu Bumi

15
NEPTUN (NEPTUNE)

30.06 AU,

4,497.1 Juta km

164.81 tahun waktu Bumi

19.1 Jam waktu Bumi


2
PLUTO (PLUTO)

39.53 AU,

5,913 Juta km

247.7 tahun waktu Bumi

6.39 jam waktu Bumi

1


1 Astronomical Unit (AU) = 149 598 000 kilometers



Jarak antara Planet

PLANETUTARID
(MERCURY)
ZUHRAH
(VENUS)
BUMI
(EARTH)
MARIKH
(MARS)
MUSYTARI
(JUPITER)
ZUHAL
(SATURN)
URANUS
(URANUS)
NEPTUN
(NEPTUNE)
PLUTO
(PLUTO)
UTARID (MERCURY)-50.3 Juta Km91.7 Juta Km170 Juta Km720.4 Juta Km1369.1 Juta Km2813.1 Juta Km4439.2 Juta Km5855.1 Juta Km
ZUHRAH (VENUS)50.3 Juta Km-41.4 Juta Km119.7 Juta Km670.1 Juta Km1318.8 Juta Km2762.8 Juta Km4388.9 Juta Km5804.8 Juta Km
BUMI (EARTH)91.7 Juta Km41.4 Juta Km-78.3 Juta Km628.7Juta Km1277.4 Juta Km2721.4 Juta Km4347.5 Juta Km5763.4 Juta Km
MARIKH (MARS)170 Juta Km119.7 Juta Km78.3 Juta Km-550.4 Juta Km1199.1 Juta Km2643.1 Juta Km4269.2 Juta Km5685.1 Juta Km
MUSYTARI (JUPITER)720.4 Juta Km670.1 Juta Km628.7 Juta Km550.4 Juta Km-648.7 Juta Km2092.7 Juta Km3718.8 Juta Km5134.7 Juta Km
ZUHAL (SATURN)1369.1 Juta Km1318.8 Juta Km1277.4 Juta Km1199.1 Juta Km648.7Juta Km-1444 Juta Km3070.1 Juta Km4486 Juta Km
URANUS (URANUS)2813.1 Juta Km2762.8 Juta Km2721.4 Juta Km2643.1 Juta Km2092.7 Juta Km1444 Juta Km-1626.1 Juta Km3042 Juta Km
NEPTUN (NEPTUNE)4439.2 Juta Km4388.9 Juta Km4347.5 Juta Km4269.2 Juta Km3718.8 Juta Km3070.1 Juta Km1626.1 Juta Km-1415.9 Juta Km
PLUTO (PLUTO)5855.1 Juta Km5804.8 Juta Km5763.4 Juta Km5685.1 Juta Km5134.7 Juta Km4486 Juta Km3042 Juta Km1415.9 Juta Km-

Sistem Suria



1.    Sistem Suria terdiri daripada :
a)   Matahari;
b)   Sembilan buah planet dan bulannya;
c)   Objek lain seperti komet, asteroid, dan meteor.
2.   Matahari adalah sebuah bintang dan merupakan pusat bagi Sistem Suria.
3.   Semua planet berputar dan beredar mengelilingi Matahari melalui orbit.
4.   Sembilan buah planet yang terdapat dalam Sistem Suria ialah Utarid,
Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.
5.   Bumi adalah satu-satunya planet yang mempunyai udara dan air bagi
membolehkan hidupan seperti manusia, haiwan, dan tumbuhan hidup
di atasnya.
6.   Musytari adalah planet yang terbesar manakala Pluto adalah planet
terkecil.
7.   Utarid adalah planet yang paling hampir dengan Matahari sementara
Zuhal adalah planet yang cantik kerana terdapat tiga gelang yang
berwarna-warni di sekelilingnya.