Thursday, November 29, 2012

Uranus

URANUS

Uranus adalah sebuah planet dari jenis Jovian dan ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. William Herscher ialah orang yang pertama menemui Uranus. Pada mulanya beliau menemui buruj Gemini. Tetapi astronomi sekarang mengatakan yang buruj itu ialah Uranus. Planet ini berbeza dengan Musytari dan Zuhal dari segi gelangnya, bulannya dan lain-lain. Planet ini merupakan planet yang paling gemar untuk dikaji. Saiz nya pula 1/3 dari saiz planet Musytari (dari segi diameter). Jisimnya 1/20 jisim planet Musytari. Manakala jaraknya ke matahari adalah 4 kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari. Kesejukan planet ini adalah 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari. Untuk pengetahuan semua, tekanan uranus adalah rendah dan tiada logam cecair hidrogen dan helium di dalam nya.

Fakta yang paling menarik mengenai planet ini adalah putaran nya. Planet ini berputar secara golekan dan ia berputar dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putaran nya adalah secara golekan, setiap 4 musim mengambil masa 20 tahun iaitu satu musim bersamaan dengan 5 tahun. Ahli astronomi berpendapat planet ini bergolek kerana mungkin ia dilanggar suatu masa dahulu. Di planet ini, terdapat juga gelang seperti planet Zuhal tetapi ianya tidak dapat dilihat. Gelang nya hanya dapat dilihat bila berlaku okultasi (occultation). Okultasi ialah contoh nya bila matahari bergerak menghampiri bulan dan menutupinya.

Bulan Uranus

Terdapat 5 bulan utama di planet Uranus. Bulan-bulan ini dapat dilihat dari bumi. Tetapi Voyager 2 menemui 10 lagi bulan menjadikan semuanya 15 buah bulan. Bulan-bulan ini berketumpatan rendah dan berais. Nama 5 bulan utama dan sifat nya adalah seperti dibawah.

1) Oberon - Bulan yang paling luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

2) Titania - Bulan yang kedua luar, saiznya 1/2 bulan bumi dan permukaan nya purba.

3) Umbrial - Bersaiz 1/3 bulan bumi dan permukaan nya berkawah.

4) Ariel - Mempunyai permukaan yang berkawah.

5) Miranda - Bersaiz 14% bulan bumi, berbentuk bujur. 

No comments:

Post a Comment