ZUHAL
Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan helium. Gas-gas ini tak dapat membebaskan diri dari planet kerana planet Zuhal sejuk dan gravitinya amat kuat. Suhu yang sejuk membuatkan atom-atom hidrogen dan helium tidak dapat bergerak kerana kurang tenaga. Itulah sebabnya planet-planet Jovian dipanggil planet primitif kerana masih mengekal kan gas hidrogen dan helium. Teras Zuhal agak kecil dan mengandungi unsur-unsur berat seperti Ferum dan Magneseium.Gelang Zuhal
Zuhal mempunyai beribu juta gelang dari yang bersaiz debu sehingga ke saiz rumah. Semuanya berada dipusat khatulistiwa. Gelang-gelang nya terbahagi kepada banyak lapisan dan dan dibahagikan dengan pembahagi 'Cassini'. Gelang-gelang nya dibuat dari lapisan 'Ringlets'. Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama. Terdapat 20 bulan didalam gelang nya. Bulan-bulan nya diperbuat dari ais dan batu. Bulan yang terbesar di planet Zuhal dipanggil Titan. Ianya lebih besar dari planet Utarid dan sangat sejuk. Suhunya mencapai -179 darjah selsius.Sejarah Zuhal
Melalui pengkajian, Zuhal terbentuk dari kawasan luar nebula suria. ia diperbuat dari ais. Ia juga mempunyai graviti yang kuat kerana jisimnya besar. Terasnya mengandungi batu-batu, mantelnya mempunyai cecair logam hidrogen dan keraknya mempunyai cecair hidrogen. Separuh dari bulan-bulan di Zuhal terbentuk bersama-sama pembentukkan Zuhal dan setengah lagi dari asteroid. Permukaan bulan nya berkawah(purba). Dikatakan, bulan Titan mungkin berasal dari satu planetesimal besar yang terpe rangkap dalam orbit Zuhal.
No comments:
Post a Comment