Utarid
adalah sebuah planet yang kecil. Lebarnya hanya 4875km (3030 batu) itu cumalah
3/8 daripada lebar Bumi. Planet ini paling dekat dengan Matahari hanya 57.9juta
km (36juta batu) jarak puratanya dari Matahari. Ketika mengorbit, ada masanya
planet ini menghampiri matahari hingga sedekat 46.6juat km (29juta batu)
darinya. Sudah pasti sebarang planet yang menghampiri dengan Matahari mempunyai
permukaan yang sangat panas sehingga mencapai 348°C (600°F) - cukup panas
sehingga dapat meleburkan plumbum. Oleh sebab Utarid sangat hampir dengan
Matahari, planet ini mengalami tarikan graviti yang amat kuat daripada
Matahari. Bumi mengedari matahari dengan kelajuan 29.9km (17.6batu) sesaat
tetapi Utarid yang digelar sebagai planet pantas itu bergerak selaju 47.9 km (29.8
batu) sesaat.
Planet
ini bergerak pantas kerana ia terlalu dekat dengan Matahari, ia hanya mengambil
masa selama 88 hari untuk membuat satu pusingan. Sebaliknya pula, oleh sebab
Utarid berputar pada paksinya dengan amat perlahan maka tempoh waktu dari
matahari terbit hingga keesokan harinya - satu hari Utarid - adalah selama 176
hari Bumi. jadi satu hari Utarid sama dengan 2 tahunnya.
Medan
magnet hanya wujud juka pusat planet mengandungi tenaga elektrik, dan planet
tersebut pula mestilah berputar laju supaya cecairnya berolak. Bulan dan Marikh
tidak berteras cecair jadi kedua-dua jasad ini tidak bermedan magnet. Utarid
pula berputar perlahan, jadi tidak seharusnya mempunyai medan magnet, tetapi
anehnya planet ini ada pula medan, magnet yang agak lemah.
Planet
ini merupakan planet kelapan besar dalam sistem suria kita (bumi ialah yang
kelima besar). hanya Pluto yang lebih kecil daripadanya. Oleh sebab Utarid
tiada atmosfera, planet ini tidak mempunyai 'cuaca' seperti yang ada di Bumi -
yang ada hanyalah waktu siang yang amat panas dan waktu malam yang amatlah
dingin sekali iaitu hingga serendah -168°C (-270°F).Seperti Zuhrah (Venus),
Utarid juga tiada bulan.
Utarid
: Perbandingan dengan Bumi
|
Planet
|
Diameter
|
Tempoh
Putaran
|
Tempoh
Mengorbit di Sekeliling Matahari
|
Bulan
|
Graviti
Permukaan
|
Jarak
dari Matahari (terdekat - terjauh)
|
Utarid
|
4875km
(3030batu)
|
58.6
hari*
|
88.0
hari
|
0
|
0.38**
|
45.9
- 69.7juta km (28.5 - 43.3juta batu)
|
Bumi
|
12
753km (7926batu)
|
23jam,
56 minit
|
365.25
(satu tahun)
|
1
|
1.00**
|
147
- 152juta km (92 - 95juta batu)
|
*Utarid
mengambil masa selama 58.6 hari untuk membuat satu putaran pada paksinya.
Planet ini berputar tiga kali pada paksinya bagi stiap dua kali orbitnya
mengelilingi matahari. Oleh sesbab putarannya begitu perlahan, Matahari berada
di langit Utarid lebih lama berbangding di langit Bumi. Oleh itu di permukaan
Utarid, saru hari 'suria', iaitu waktu dari matahari terbit hingga keesokan
harinya, mengambil masa kira-kira 176 hari di bumi.
**Darabkan
berat badan anda dengan angka ini jika ada ingin tahu berat berat badan anda di
planet tersebut.